Campus

Inisiatif Memperkukuh Pembangunan Kepakaran PTQI Libya Dipacu melalui Pelaksanaan Program TOT bersama Pengurusan TVET UUM

Berita dan gambar oleh: Dr Wahida Yaakub

KUALA LUMPUR, 27 April 2026 – Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) melalui Pengurusan TVET UUM telah menganjurkan Program Training of Trainers (TOT) khusus bagi Petroleum Training and Qualifying Institute (PTQI), Libya di bawah National Oil Corporation (NOC).

Program ini sebagai inisiatif strategik untuk memperkukuh pembangunan kepakaran tenaga pengajar dalam sektor minyak dan gas negara tersebut, sekali gus menyokong keperluan PTQI Libya dalam membangunkan keupayaan dalaman latihan teknikal dan vokasional yang selaras dengan piawaian industri global serta amalan terbaik antarabangsa.

Delegasi Libya yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa NOC-EVT iaitu Dr Abdulmagid Elazhari M Ali, Khaled Mohamed KH Narh, Dr Salem A S Omar, Mohamed Amammer Mohamed Adbeib dan Abdullah Almabrouk telah hadir bagi menghadiri sesi taklimat dan perbincangan strategik.

Turut terlibat dalam program ini ialah wakil rakan strategik industri dan akademia iaitu Dr Aizat Faiz, Timbalan Pengarah ACE UniKL, bersama pasukan Antah Oilfield Services yang diwakili oleh Dr Muhammad Paizal Othman (Chief Operating Officer), Wan Norkhairiyah Montil (Senior Vice President), Ery Fahzwan Mohamed Ali dan Dr Liza.

Dari pihak UUMKL, program ini diselaraskan di bawah kepimpinan Prof. Dr. Norlena Bt Hasnan, Provos UUM Kampus Kuala Lumpur, bersama barisan Pengurusan TVET UUM yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Hj Shanusi Hj Ahmad selaku Pengarah. Turut sama dalam pelaksanaan program ialah Dr. Norwahida Yaakub, Kamal Khalid, JK TVET UUM dan Uzma Aqilah Binti Md Zain.

Sepanjang program, pihak UUMKL dan ANTAH Oil telah membentangkan cadangan struktur dan pelaksanaan Program TOT merangkumi modul latihan, kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran, standard akreditasi, kemudahan latihan serta aliran pelaksanaan program yang disesuaikan dengan keperluan dan jangkaan pihak PTQI Libya.

Delegasi Libya diberi pendedahan kepada pendekatan latihan berfokuskan kompetensi tenaga pengajar, pengukuhan amalan HSE, keupayaan pengurusan risiko serta operasi sistem loji, selaras dengan pelaksanaan Program TOT sebagai pelaburan strategik PTQI dalam memperkukuh ekosistem latihan nasional melalui standardisasi kurikulum dan pembangunan model Latihan.

Selain sesi taklimat dan perbincangan, program ini turut diserikan dengan sesi makan tengah hari rasmi yang menghimpunkan tokoh-tokoh penting termasuk Y.A.M Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar, Naib Canselor UUM Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad, wakil industri dan rakan strategik termasuk Dr Aizat Faiz, pasukan Antah Oilfield Services, wakil KDEB Mahfuzah Binti Muhamad Tarmidi, serta Honorary Consulate of Malaysia di Uganda, Al Haj Habib Kagimu.

Turut hadir ialah barisan kepimpinan dan jawatankuasa TVET UUM iaitu Ahmad Mujahid bin Abd. Ghani, Fazilah Binti Mohd. Othman, Muhammad Shakir Eiman bin Bahari, Hanani Binti Adnan dan Siti Anum Binti Jab.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan Pengurusan TVET UUM dalam memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa serta memposisikan kepakaran TVET Malaysia sebagai rujukan strategik di peringkat global, khususnya dalam pembangunan latihan industri minyak dan gas.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button