Education

Lawatan ke UUMKL & Bengkel ToT IELTS Online

KUALA LUMPUR, 6 Mac 2025: Professional Development Unit (PDU), Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) sebagai sebahagian daripada perancangan pengembangan pusat ujian dan latihan PDU.

Bengkel ini bertujuan untuk melatih tenaga pengajar dalam melaksanakan ujian MUET secara lebih berkesan dan efisien, sejajar dengan keperluan semasa selain meneroka potensi pelaksanaan MUET on Demand (MoD) dan IELTS di UUMKL.

Langkah ini selari dengan usaha PDU untuk memperluaskan akses kepada produk sedia ada dan yang baharu, termasuk English Placement Test (EPT) yang menyasarkan pelajar pra-kedatangan, serta English Preparatory Course (EPC), iaitu kursus persediaan bahasa Inggeris.

Inisiatif ini bukan sahaja diperlukan, tetapi juga dilaksanakan dengan hasrat untuk membantu pelajar, khususnya mereka yang belum memenuhi keperluan kelayakan bahasa Inggeris seperti yang telah ditetapkan oleh program pra-siswazah dan pasca-siswazah di UUM.

Sebagai kesinambungan usaha dalam pemantapan tenaga pengajar, Bengkel ToT IELTS Online turut diadakan. Bengkel ini memberi peluang kepada tenaga pengajar untuk memperkukuh pemahaman dan kemahiran dalam penyampaian latihan IELTS secara dalam talian, selaras dengan permintaan pasaran dan perkembangan teknologi pendidikan.

Dengan perkembangan ini, pusat ujian dan latihan PDU di UUMKL dijangka beroperasi dalam masa terdekat, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada pelajar dan golongan profesional untuk meningkatkan kemahiran bahasa mereka dalam persekitaran yang lebih fleksibel dan kondusif.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Provost UUMKL Prof. Dr. Norlena Hasnan dan semua pihak yang telah bekerjasama dalam merealisasikan inisiatif ini. – Dr. Noor Asbahan Shahizan

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button