Campus

SOG bincang penilaian AUN-QA bagi Program Pengurusan Pembangunan

Gambar Dr. Aidanajwa Sabri

SINTOK, 10 Mac 2025: Satu perbincangan mengenai penilaian AUN-QA (ASEAN University Network-Quality Assurance) telah diadakan bagi membincangkan pelbagai aspek berkaitan jaminan kualiti akademik bagi Program Pengurusan Pembangunan di Pusat Pengajian Kerajaan (SOG), Universiti Utara Malaysia (UUM) di Bilik Seminar, Bangunan UUM COLGIS, baru-baru ini.

Pengerusi,  Dr. Suzylah Sohaimi berkata, perbincangan ini telah menghimpunkan wakil daripada unit Pasukan Institutional Assurance Division (IAD) yang terlibat dalam persiapan penilaian AUN-QA serta Unit task-force AUN-QA Program Pengurusan Pembangunan.

Menurutnya, program ini bertujuan untuk memastikan semua pihak memahami peranan masing-masing serta dapat menyelaraskan strategi bagi meningkatkan mutu penyediaan laporan Self-Assessment Report (SAR).

Antara agenda utama yang telah dibincangkan adalah:

  • Penerangan dari IAD Team
    • Pasukan dari IAD (Institutional Assurance Division) telah memberikan penerangan menyeluruh tentang objektif, kepentingan, dan prosedur penilaian AUN-QA.
    • Unit task-force AUN-QA Program Pengurusan Pembangunan telah diberikan panduan mengenai keperluan standard dan elemen utama yang perlu dipenuhi dalam proses ini.
  • Makluman Timeline Gerak Kerja
    • Sesi ini telah memberi gambaran jelas mengenai tempoh masa yang telah ditetapkan bagi setiap fasa persiapan penilaian.
    • Unit task-force AUN-QA Program Pengurusan Pembangunan telah dimaklumkan mengenai tarikh penilaian AUN-QA bagi penyediaan dan penghantaran dokumen serta penyelarasan tugasan untuk memastikan persediaan berjalan lancar.
  • Semakan Format Penulisan Laporan SAR Terbaru
    • Format laporan SAR yang terkini telah diperkenalkan serta diperincikan bagi memastikan keseragaman dalam penulisan laporan oleh setiap wakil Kumpulan Unit task-force AUN-QA Program Pengurusan Pembangunan.
    • Penekanan telah diberikan kepada aspek ketepatan data, kesahan maklumat, dan penyampaian yang selaras dengan kehendak AUN-QA.
  • Makluman & Semakan Komen Penilai Laporan SAR Terdahulu (2020)
    • Pengerusi Unit task-force AUN-QA Program Pengurusan Pembangunan telah membentangkan ulasan serta cadangan penambahbaikan yang telah diberikan oleh penilai AUN-QA terhadap laporan SAR yang dihantar pada tahun 2020.
    • Perbincangan ini bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki dan memastikan aspek yang mendapat ulasan positif dikekalkan atau dipertingkatkan.
  • Agihan Tugas
    • Setiap wakil Kumpulan Unit task-force AUN-QA Program Pengurusan Pembangunan telah diberikan tanggungjawab spesifik dalam penyediaan laporan SAR bagi memastikan kelancaran proses pengumpulan data dan penyusunan dokumen.
    • Pemantauan dan sesi semakan berkala akan dilakukan bagi menilai kemajuan setiap bahagian dalam penyediaan laporan.

Perbincangan ini merupakan satu langkah penting dalam memastikan persediaan yang rapi untuk menghadapi proses penilaian AUN-QA. Semua pihak yang terlibat amat digalakkan untuk memberi komitmen sepenuhnya bagi memberikan input serta mendapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai keperluan penilaian ini. – Dr. Nur Aili Hanim Hanafiah

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button