General

Jejak Ramadan UUM: Keprihatinan berterusan di Padang Terap

Berita dan gambar Muhammad Zullukman Zulkifli

PADANG TERAP, 11 Mac 2025: Program Jejak Ramadan UUM 2025 diteruskan lagi ke daerah Padang Terap dengan matlamat menyantuni pelajar daripada keluarga B40 yang memerlukan sokongan sepanjang Ramadan.

Inisiatif ini merupakan usaha bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pusat Kecemerlangan dan Kepimpinan Pelajar (SELECT), Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UUM).

Sebanyak 30 Bakul Ramadan berisi barangan keperluan asas telah disampaikan kepada pelajar UUM yang berasal dari Padang Terap bagi meringankan beban mereka.

Delegasi UUM turut berkesempatan melawat rumah beberapa pelajar untuk menyerahkan bantuan secara langsung dan memahami cabaran yang mereka hadapi.

Program ini turut dihadiri oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed serta barisan kepimpinan MPP UUM yang diketuai Yang Dipertua, Mohamad Amar Aidid Mohd Zain.

Penerima berasa amat teruja dan bersyukur atas keprihatinan UUM serta sumbangan yang diberikan, sambil menghargai sentuhan kasih daripada barisan pengurusan universiti, malah mereka turut meluahkan rasa lega, kerana bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka menjelang Ramadan.

Program Jejak Ramadan UUM 2025 membuktikan komitmen universiti dalam menjaga kebajikan mahasiswa serta peranannya sebagai institusi yang prihatin terhadap kesejahteraan pelajar kerana UUM adalah universiti untuk semua.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button