Campus

Mentransformasikan SOP AGNUUM

Berita dan gambar Nurul Farhana Abd Razak

SINTOK, 12 Mac 2025: Akademi Golf Nasional Universiti Utara Malaysia (AGNUUM) telah mengadakan Bengkel Semakan dan Pemurnian Prosedur Operasi Standard AGNUUM di EDC UUM.

Pengarah AGNUUM, Prof. Madya Dr. Zaheruddin Othman berkata, tujuan penganjuran bengkel ini adalah untuk meneliti dan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) sedia ada yang telah diamalkan agar dapat melancarkan pengurusan pentadbiran dan pengurusan akademik di AGNUUM.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih di atas kehadiran semua kakitangan AGNUUM.

“Saya berharap output bengkel ini mampu memperdayakan dan mengoptimumkan operasi dan perjalanan AGNUUM pada masa akan datang,” katanya.

Bengkel ini telah membincangkan dan menambah baik beberapa operasi standard dalam hal pengurusan akademik, pengurusan kewangan, pengurusan dokumentasi, pengurusan pelajar dan pengurusan latihan atlet golf.

Perancangan strategik pembangunan bakat sukan golf turut disentuh dalam bengkel ini bagi menilai pencapaian dan hala tuju AGNUUM dalam sepuluh tahun akan datang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button