Campus

Rendang rusa, kambing bakar dan 20,000 cucuk sate, menu Majlis Silaturahim Aidilfitri UUM

CI Azizi Arif

SINTOK, 17 April 2025: Sebanyak 10 ekor rusa bakal ditumbangkan untuk rendang termasuk kambing bakar dan 20,000 sate antara menu yang menjadi tarikan pada Majlis Silaturahim Aidilfitri Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Selasa depan di Dataran Perdana, UUM.

Sebanyak 48 gerai disediakan pusat tanggungjawab dan pusat pengajian serta Majlis Perwakilan Pelajar dan persatuan anak negeri yang menyajikan pelbagai hidangan seperti kotiau goreng, cendol, kuih-muih, laksa Siam, apam balik, putu mayang, buah-buahan dan air balang yang menyegarkan.

Selain keluarga besar UUM dijemput hadir, bekas pesara dan jabatan kerajaan termasuk pengetua dan guru besar sekolah dalam daerah Kubang Pasu turut dijemput memeriahkan majlis tersebut.

Acara dimulakan dengan ketibaan Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan, serta pegawai-pegawai kanan universiti.

Majlis ini bukan sahaja menjadi medan untuk menjamu selera, malah turut menyemarakkan nilai silaturahim dalam kalangan warga universiti. Tetamu juga bakal dihiburkan dengan persembahan menarik daripada pelajar dan staf UUM. -Nurul Hana Ahmad (Pelajar Pelatih dari USIM)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button