Campus

JKKPU adakan mesyuarat khas bincang laporan kemalangan

Gambar Bahagian Pengurusan Risiko

SINTOK, 21 April 2025: Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Utara Malaysia (JKKPU) telah mengadakan mesyuarat khas susulan insiden kemalangan melibatkan dua buah bas Jalan Persiaran Perdana yang berlaku pada pagi Sabtu lalu.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Pendaftar merangkap Timbalan Pengerusi JKKPU, Azahari Azmi, yang mewakili Pendaftar UUM.

Azahari berkata, mesyuarat khas ini diadakan bagi mematuhi Peraturan 13(2), Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996 di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Pindaan 2022).

“Menurut peraturan tersebut, pengerusi hendaklah memanggil mesyuarat bagi membincangkan laporan berkaitan sebarang kemalangan yang berlaku di tempat kerja,” katanya.

Sebelum itu, Bahagian Pengurusan Risiko (RMD) berserta ahli-ahli Jawatankuasa Teknikal KKP (JTKKP) telah melaksanakan pemeriksaan dan siasatan di lokasi kemalangan.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil majikan (Bendahari, Pengarah HEA dan wakil Dekan HEP serta wakil-wakil pekerja (Presiden SETIA, Presiden PERSATU (diwakili S/U Kehormat), Presiden PERPATI (diwakili oleh S/U) dan Presiden KESKA (diwakili oleh S/U). Turut hadir ialah ahli-ahli Jawatankuasa Teknikal KKP (JTKKP) terdiri daripada Pengarah Jabatan Keselamatan, Pengarah PKKU (wakil), Pengarah SAC dan Pengarah JPPI (wakil).

Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan, Mohamad Ezanee Yazid telah membentangkan mengenai maklumat terkini berkaitan insiden tersebut kepada pengerusi serta ahli-ahli mesyuarat.

Mesyuarat seterusnya meneliti pelbagai faktor yang berkemungkinan menyumbang kepada kemalangan, termasuk faktor teknikal dan faktor manusia. Selain itu, ahli-ahli turut menyarankan semakan semula terhadap prosedur pelaporan kecemasan bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan, agar tindak balas kecemasan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan pantas. – Ts. Dr. Syazwan Syah Zulkifly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button