General

UUM catat pencapaian cemerlang dalam penarafan universiti Asia dan dunia

Poster Norazlina Ahmad

SINTOK, 25 April 2025: Universiti Utara Malaysia (UUM) terus mencatat kejayaan membanggakan apabila tersenarai dalam kelompok 127 universiti terbaik di Asia, menurut Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2025.

Pencapaian ini sekali gus meletakkan UUM sebagai universiti kelapan terbaik di peringkat ASEAN dan keenam terbaik di Malaysia.

Di peringkat global, UUM mengekalkan kedudukan dalam kelompok 401–500 universiti terbaik dunia menerusi THE World University Rankings 2025. Kedua-dua penarafan ini menonjolkan usaha berterusan universiti dalam memperkukuh kualiti akademik, memperluas jaringan penyelidikan, serta mempertingkat kecemerlangan dalam pengajaran.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, pencapaian ini adalah hasil komitmen kolektif seluruh warga UUM dalam merealisasikan visinya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi berfokuskan pengurusan yang unggul.

THE Asia University Rankings menilai lebih 1,000 universiti di Asia berdasarkan 18 indikator yang dikategorikan kepada lima bidang utama iaitu pengajaran, persekitaran penyelidikan, kualiti penyelidikan, hubungan dengan industri, dan perspektif antarabangsa.

Kedudukan semasa ini dilihat sebagai satu asas kukuh bagi UUM untuk terus mengembangkan kerjasama strategik di peringkat global, menarik bakat antarabangsa, serta memperkukuh kedudukan sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang kompetitif di persada dunia. – Nur Liyana Noor Ismadee

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button