Campus

Bengkel Transformasi Minda dan Keusahawanan Sosial 2YEP 2023 cetus semangat baru penerima manfaat

Gambar TISSA-UUM

SINTOK, 4 Mei 2025: Bengkel Transformasi Minda dan Keusahawanan Sosial khusus kepada penerima manfaat 2-years Exit Program (2YEP) tahun 2023 anjuran di antara penyelidik Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz, Universiti Utara Malaysia (TISSA-UUM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diadakan pada 14 hingga 17 April lalu di EDC-UUM.

Penyelidik TISSA-UUM terdiri daripada Prof. Madya Dr. Raja Haslinda Raja Mohd Ali, Prof. Dr. Natrah Saad, Prof. Madya Dr. Saliza Abdul Aziz, Dr. Mohd Hadzrami Harun Rasit juga penyelidik UniMAP, Suhizaz Sudin.

Seramai 49 penerima manfaat 2YEP tahun 2023 hadir dengan penuh semangat dalam Bengkel Siri 1 yang bertemakan Transformasi Minda telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kebajikan Produktif dan Komuniti, JKM Kedah, Norsuyani Mohd Noor.

Norsuyani berkata, bengkel Projek Rintis CSR ini bukan sekadar latihan tetapi platform untuk usahawan yang hadir mengubah cara berfikir, menanam keyakinan diri dan melahirkan usahawan yang berjaya dari sudut pendapatan dan mampu membawa impak kepada masyarakat sekeliling.

Katanya, gabungan tenaga akademik dan lapangan ini mampu menjadi satu landasan kukuh untuk membentuk peserta bukan sahaja dari segi ilmu, tetapi juga dari sudut sikap, semangat dan hala tuju hidup.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah JKM, Mohd Azan Hussin dan Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kebajikan Produktif, Cawangan Pembangunan Klien Produktif, JKM, Nur Syazwani Suhaimi. – Prof. Madya Dr. Saliza Abdul Aziz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button