Campus

Delegasi Walailak University jalin sinergi serantau dengan SOC UUM

Berita dan gambar oleh Noor Aina Norrdin

SINTOK, 13 Mei 2025: Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima kunjungan hormat dan lawatan kerja daripada delegasi Walailak University (WU), Thailand yang diketuai oleh Dekan Fakulti Teknologi Maklumat, Penolong Profesor Dr. Siriwatchana Kaeophanuek.

Ketibaan delegasi seramai 15 orang ini telah disambut mesra oleh Dekan SOC, Prof. Ts. Dr. Osman Ghazali, dan Pengerusi Jawatankuasa MoU, MoA dan Pengantarabangsaan, Prof. Ts. Dr. Azham Hussain.

Dr. Osman berkata, lawatan ini bertujuan untuk meneroka potensi kerjasama strategik antara kedua-dua institusi, khususnya dalam aspek mobiliti pelajar dan staf akademik, serta menjalin inisiatif geran padanan (matching grant) untuk penyelidikan dan pembangunan bersama.

Sepanjang sesi perbincangan, pelbagai peluang kolaborasi telah diketengahkan meliputi aktiviti akademik, pertukaran pelajar, penyelidikan bersama, serta penglibatan dalam program bertaraf antarabangsa.

Menurutnya, kedua-dua pihak turut bersetuju untuk memeterai memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) bagi memperkukuh jalinan strategik ini secara rasmi.

Seemntara itu, Dr. Azham berkata, hubungan kerjasama serantau dalam bidang teknologi maklumat dan inovasi digital harus terus diperkasakan demi manfaat bersama dalam era pendidikan global.

Secara keseluruhannya, lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua institusi dalam memperluaskan jaringan akademik antarabangsa serta mempertingkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran, dan penyelidikan rentas sempadan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button