Campus

Perbincangan Meja Bulat KPBKL dan UUM kukuhkan hasrat perkasa Pendidikan Islam dan TVET Halal

Gambar Muhamad Syamsul Akmal Mohd Nasir

SINTOK, 19 Mei 2025: Sesi Perbincangan Meja Bulat (RTD) antara Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) atau Kolej Profesional Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (KPMAIWP) dan Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diadakan semalam bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua institusi dalam bidang pendidikan Islam, TVET dan halal.

Perbincangan yang berlangsung di IBS, UUM telah memperlihatkan komitmen tinggi daripada kedua-dua pihak untuk menyambung semula Memorandum Persefahaman (MoU) yang pernah dimeterai sebelum ini.

Perbincangan ini dihadiri wakil IBS iaitu Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), IBS, Dr. Mohd Sollehudin Shuib; Pengerusi Jawatankuasa Promosi IBS, Pengurus TVET UUM, dan Pengerusi Program IBS.

Dr. Mohd Sollehudin berkata, perbincangan ini dilihat sebagai satu langkah positif ke arah memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pengajian tinggi Islam dan institusi TVET profesional yang berorientasikan pembangunan komuniti ummah melalui pendidikan holistik dan praktikal.

Sementara delegasi KPBKL diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL, Prof. Madya Dr. Mohammad Firdaus Low Abdullah, diiringi oleh Pendaftar, Rokiah Yunus, dan Ketua Bahagian Perancangan Strategik dan Komunikasi, Syarfina Junaida Bolhan.

Antara hasil perbincangan penting yang dicapai termasuk kesediaan KPBKL untuk menyambung semula MoU dengan UUM, melibatkan program akademik, TVET dan latihan industri halal, jemputan kepada wakil IBS UUM untuk sesi sharing berkaitan TVET dan Halal pada 27 Mei ini di KPBKL, program kolaborasi bersama pelajar BMA dan KPB yang dijadualkan berlangsung pada Jun 2025 di MAIWP, Kuala Lumpur dan eebinar khas berkaitan Haji dan Umrah oleh KPBKL kepada kelas terpilih di IBS pada bulan Jun 2025.

Selain itu, rancangan penganjuran seminar bersama, bertemakan bidang-bidang berkepentingan bersama, cadangan penghantaran pelajar dalam bidang halal secara special kohort atau permintaan, tertakluk kepada perbincangan lanjut, perbincangan awal berkaitan geran padanan untuk projek-projek kolaboratif serta cadangan program francais sarjana UUM di KPBKL serta pelaksanaan program literasi kewangan di KPBKL.

KPBKL dan IBS UUM turut menyatakan komitmen untuk menjadikan kerjasama ini sebagai platform utama dalam melahirkan modal insan berkompeten dalam bidang Halal, TVET, kewangan Islam dan ibadah khusus seperti haji dan umrah. – Dr. Mohd Sollehudin Shuib

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button