Campus

Ceramah Pencegahan Awal Kebakaran tingkat kesedaran keselamatan diri warga UUM

Berita dan gambar Muhammad Haniff Umar

SINTOK, 21 Mei 2025: Ceramah keselamatan bertajuk ‘Pencegahan Awal Kebakaran’ telah diadakan dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan warga kampus terhadap bahaya kebakaran dan langkah-langkah awal yang perlu diambil sekiranya berlaku insiden tersebut.

Ceramah anjuran Bahagian Pengurusan Risiko dengan kerjasama Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur-FIRE Preventors’ Sociaty (FPSKL) itu telah menarik penyertaan lebih 50 staf akademik dan pentadbiran.

Pengarah Bahagian Pengurusan Risiko, Shahrul Nizam Ahmad berkata, program ini bertujuan mendidik komuniti kampus tentang tindakan pencegahan yang boleh mengurangkan risiko kematian akibat kebakaran.

Menurutnya, antara pengisian ceramah termasuklah penerangan mengenai punca-punca kebakaran, penggunaan alat pemadam api yang betul serta langkah-langkah menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku.

Dalam ceramah ini, penceramah menekankan keperluan untuk membuat pemeriksaan berkala ke atas peralatan elektrik dan tidak meninggalkan peralatan tanpa pengawasan.

Penceramah FPSKL, Reuben Teoh Seng Sheong berkata, masih ramai lagi yang mengambil ringan tentang keselamatan kebakaran, walaupun kes melibatkan kebakaran kediaman dan bangunan semakin meningkat setiap tahun.

“Pendidikan awal dan latihan praktikal seperti ini dapat menyelamatkan nyawa. Ramai yang panik semasa kecemasan kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dengan pendedahan ini, kita harap mereka lebih bersedia,” katanya.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button