Campus

STEM Blaster: Penerapan konsep PI (π) dan kemahiran operasi matematik dalam pembelajaran

Berita dan gambar Nor Hisham Bin Haron dan Jawatankuasa Komuniti, SQS

SINTOK, 10 Julai 2025: Seramai 60 orang pelajar tingkatan 4 dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kubang Pasu dan Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), Alor Setar telah menyertai Program STEM Blaster yang diadakan di Student Lounge INASIS PETRONAS UUM pada 19 Jun 2025.

Program STEM Blaster merupakan salah satu slot aktiviti yang dijalankan bersempena dengan Program Inspirasi Varsiti Siri 2 Tahun 2025 anjuran Biro Latihan dan Akademik, Jawatankuasa Kepimpinan  dan Pembangunan Siswa (JKPS) INASIS PETRONAS, UUM dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi, Majlis Kepimpinan & Latihan Universiti Malaysia (MAKLUM) serta Pusat Kecemerlangan & Kepimpinan Pelajar (SELECT) UUM.

Objektif utama STEM BLASTER adalah untuk mendedahkan pengetahuan STEM terutamanya matematik dan menarik minat pelajar untuk meminati STEM melalui akiviti STEM yang interaktif.

Pengerusi Jawatankuasa Komuniti Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), PM Dr. Nor Aishah Ahad berkata, dua aktiviti iaitu PI Explorer dan Match Math (M2). PI Explorer memberikan pendedahan bagaimana nilai pi (π) dianggarkan.

Kebanyakan pelajar hanya menggunakan nilai pi (π) yang dipelajari di sekolah tanpa mengetahui bagaimana nilai tersebut diperoleh.  Dalam aktiviti kedua, pelajar perlu menyelesaikan operasi matematik berdasarkan kad permainan Match Math yang diberikan.

Sepanjang program STEM BLASTER berlangsung, pelajar kelihatan sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh melakukan kedua-dua aktiviti secara berkumpulan. Setiap kumpulan bersaing untuk memastikan kemenangan kumpulan mereka.

Diharapkan, aktiviti singkat yang dijalankan ini dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk meminati STEM dalam meneruskan pembelajaran mereka di sekolah.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button