Campus

Perasmian Kelas RENTASeni julung kali dianjurkan Pusat Budaya dan Seni

Berita dan gambar Dr. Mohammad Haris Abd Azis

SINTOK, 10 Julai 2025: Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama UUM LEADS melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menganjurkan Kelas Rentak Tunas Seni (RENTASeni) buat julung-julung kalinya.

Pengarah PBS, Dr. Azhar Abu Bakar @ Dr. Azmeer berkata, program untuk anak-anak staf UUM dan masyarakat setempat ini disertai 14 peserta (kohort pertama) menerusi dua pilihan kelas yang ditawarkan iaitu Tarian dan Muzik.

Menurutnya, usaha ini diambil sebagai langkah memperkenal ilmu asas seni kepada generasi muda sejak usia awal.

“Usaha murni ini bukan sahaja memperkukuh jalinan universiti dengan komuniti, malah menyemai minat seni dan budaya dalam kalangan kanak-kanak secara lebih terarah dan bersistematik.

“Saya berharap program ini menjadi landasan kukuh dalam melahirkan generasi celik seni seiring pembangunan budaya dalam negara,” katanya.

Sesi kelas akan berlangsung selama tiga bulan bermula Julai hingga September 2025, pada setiap hari Rabu. Kelas juga akan dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga pengajar berpengalaman dari kalangan staf PBS sendiri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button