TNC (AA) beri inspirasi dan motivasi buat calon PhD 2025
Berita dan gambar Roslina Abdullah
SINTOK, 20 Julai 2025: Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani telah mengadakan pertemuan bersama empat tutor yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat program Doktor Falsafah (PhD) di Bilik Mesyuarat Jabatan Sumber Manusia (JSM).
Tutor tersebut bakal memulakan pengajian bermula September 2025 di bawah tajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB).
Semua calon PhD daripada Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah itu terdiri daripada Aiman Natasha Rosaidi, Anis Zaireen Fadzil, Intan Farhana Ramli dan Muhammad Zakin Haziq Mohamad Zamberi.
Ketua Unit Pengajian Lanjutan (UPL), Roslina Abdullah berkata, inisiatif ini diambil untuk memastikan calon mendapat bimbingan dan sokongan yang sewajarnya sebelum mereka memulakan perjalanan akademik mereka.
Menurutnya, pertemuan ini juga diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada calon-calon PhD tersebut, agar mereka lebih bersedia dalam menghadapi cabaran di masa akan datang.
Semoga semua tutor yang terpilih untuk sesi pengajian kali ini dapat memanfaatkan peluang ini dengan sebaik-baiknya dan berjaya menghabiskan pengajian PhD dalam tempoh yang ditetapkan dan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan akademik serta pembangunan negara.
Kejayaan mereka bukan sahaja menjadi kebanggaan peribadi, tetapi juga membuktikan keupayaan dan potensi yang dimiliki oleh golongan akademik yang bakal memimpin universiti pada masa depan.