General

UUM bantu sediakan Pelan Induk Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang 2026–2035

Oleh: UUM Solution Sdn. Bhd.

PULAU PINANG, 20 Julai 2025: Universiti Utara Malaysia (UUM) diberi kepercayaan untuk menyediakan Pelan Induk Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang 2026–2035 (PIPBPP35) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Perdana Menteri turut menyampaikan plak penghargaan kepada Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan, dalam majlis penuh bersejarah yang berlangsung di Dewan Besar, UiTM Cawangan Pulau Pinang, bagi mewakili pasukan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Jauriyah Shamsuddin dari Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM).

PIPBPP35 merupakan hasil penyelidikan mendalam dan kerjasama erat antara tiga universiti awam terkemuka – UUM, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang – melalui pasukan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Jauriyah dengan sokongan anak syarikat UUM, UUM Solution Sdn. Bhd.

Perdana Menteri turut menyampaikan plak penghargaan kepada Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, dan Prof. Dato’ Ir. Dr. Hj. Ahmad Rashidy Razali yang Menjalankan Fungsi Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Tiga teras utama PIPBPP35 yang diberi penekanan ialah Individu dan Masyarakat, Ekonomi, serta Tadbir Urus dan Dasar, yang digariskan secara holistik bagi memperkukuh kesejahteraan sosial, merangsang penyertaan ekonomi Bumiputera, serta memastikan pentadbiran berkesan dan dasar yang inklusif dalam pembangunan negeri.

UUM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang dan Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang atas kepercayaan yang diberikan dalam pembangunan dasar strategik negeri ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button