Naib Canselor alukan Akademi Kenegaraan Malaysia anjur Sukan AKM di UUM
Gambar Faris Luqman Marzuki
SINTOK, 5 Ogos 2025: Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan telah menerima kunjungan hormat Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, semalam.
Delegasi AKM diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik AKM, Putrajaya, Mohd Hasri Mohd Hadzir yang bersama-sama Pengarah AKM Kedah, Pengarah AKM Perlis dan wakil Pengarah AKM Perak.
Kunjungan tersebut bagi membincangkan cadangan agensi berkenaan mengadakan sukan AKM dari seluruh negara di UUM.
Dr. Mohd Foad mengucapkan terima kasih atas kesudian AKM ingin mengadakan Sukan AKM di UUM.
“Kami akan memudahcarakan pelaksanaan ini agar acara itu dapat dilaksanakan sebaik mungkin dan kemudahan sukan di UUM antara yang terbaik.
“Pada malam 14 November nanti, warga AKM boleh bersama-sama dalam malam terakhir Pesta Konvokesyen UUM,” katanya.
Majlis Konvokesyen ke-38 akan berlangsung pada 9 hingga 13 November 2025 ini Dewan Mu’adzam Shah.
Hadir sama, Pengarah Pusat Sukan, Dr. Nasiruddin Haron dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Muhammad Iskandar Zulkarnain Muhammad Suhaimi. – Kori Ariff