Campus

Funwalk UUM semarakkan semangat kemerdekaan Malaysia Madani

Gambar oleh Muhammad Shamsul Shafie

SINTOK, 5 Ogos 2025: Universiti Utara Malaysia (UUM) terus menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warganya menerusi penganjuran kibar jalur gemilang bersama-sama Funwalk Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan yang berlangsung meriah di Bangunan Canselori dan persekitaran UUM, pagi tadi.

Program UUM itu berjaya menarik penyertaan anggaran seramai 350 orang peserta terdiri daripada staf dan pegawai kanan universiti yang bersemangat menyertai acara berjalan kaki sejauh 3.6 kilometer mengelilingi kampus.

Majlis pelepasan peserta disempurnakan oleh Naib Canselor UUM, Profesor Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan, yang turut sama berjalan kaki mengelilingi kampus sambil meluahkan rasa kagum terhadap sambutan dan penglibatan aktif warga UUM dalam program tersebut.

Program berkenaan sempena majlis Perhimpunan Bulanan anjuran Bahagian Pengurusan Risiko (RMD), Perpustakaan Sultanah Bahiyah dan Jabatan Komunikasi Korporat, serentak dengan majlis perasmian penutup minggi OSH peringkat negeri Kedah.

Acara turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Kedah, Tuan Haji Abdul Aziz Salim, , bersama delegasi JKKP Kedah yang lain, sebagai tanda sokongan kepada usaha memperkasakan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan komuniti universiti.

 

Turut hadir memeriahkan acara ialah Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Ketua-Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) serta Pegawai-Pegawai Kanan Universiti yang bersama-sama berganding bahu menyemarakkan semangat kemerdekaan dan kebersamaan di UUM.

Program dimulakan dengan nyanyian lagu Malaysia Madani dan Rakyat Disantuni yang menghidupkan semangat kecintaan terhadap negara, selari dengan tema sambutan Hari Kebangsaan ke-68 tahun ini.

Funwalk ini bukan sahaja bertujuan untuk menyemai semangat patriotisme, tetapi juga memperkukuh hubungan silaturahim serta mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan warga UUM.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button