Campus

Anak-Anak Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Tunku Puteri Intan Safinaz (PPKKTPIS), UUM cintakan negara

Berita dan gambar oleh INASIS SME Bank

SINTOK, 20 Ogos 2025: INASIS SME Bank telah mengadakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan bersama Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Tunku Puteri Intan Safinaz (PPKKTPIS) bagi menyemarakkan rasa cinta dan sayang kepada negara sempena sambutan kemerdekaan Malaysia ke-68.

Menurut Pengetua INASIS SME Bank, Dr. Faisal Zulhumadi, program sebegini dapat merapatkan jaringan kerjasama bersama pihak luar, khususnya PPKKTPIS yang dekat dengan warga INASIS dan universiti. Ia juga seiring dengan usaha mendidik anak-anak staf universiti melalui penyusunan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang bermanfaat kepada semua pihak terlibat.

Program kali ini melibatkan kanak-kanak berumur 4, 5 dan 6 tahun melalui pertandingan mewarna bertemakan kemerdekaan dari perspektif pewaris bangsa.

Turut hadir ialah barisan Penolong Pengetua serta staf pentadbiran INASIS SME Bank.

Pengurus Taska dan Guru Besar PPKKTPIS, Puan Farah Hana Mohammad Roslee, yang juga Alumni UUM (STML), berkata penglibatan semua pihak mewujudkan persekitaran harmoni dan gembira sekali gus memudahkan penyelesaian isu serta penyampaian maklumat.

Pihak INASIS SME Bank turut menyahut seruan universiti agar bulan kemerdekaan disemarakkan dengan program yang bermanfaat kepada masyarakat sekitar dan warga kampus, di samping melaksanakan tugasan yang diberikan.

“Melalui program ini, pihak INASIS SME Bank akan memastikan setiap aktiviti yang disusun lebih bermanfaat kepada pelajar dan semua pihak yang terlibat, sekali gus memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan universiti,” kata Dr. Faisal. – INASIS SME Bank

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button