Campus

UUM perkasa Transformasi Changloon melalui Bengkel Rekaan Berfikir & Penciptaan Persona

Gambar UTLC

SINTOK, 2 September 2025: Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CeTMA) dan Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan bengkel bertajuk “Design Thinking & Persona Creation: Turning Changloon Data into Human Stories” di Future Learning Lab, UUM pada 26 Ogos lalu.

Timbalan Pengarah UTLC (Teknikal), Dr. Idyawati Hussein selaku penceramah bagi program ini telah membimbing 12 peserta yang hadir dalam meneroka pendekatan rekaan berfikir dan penciptaan persona untuk mengubah data tempatan kepada naratif manusia yang menyentuh hati dan mendorong tindakan sosial.

Dr. Idyawati berkata, fokus utama bengkel ini ialah memperkasa peserta dengan kemahiran empati, mendengar suara komuniti, dan membina cerita yang mencerminkan realiti serta aspirasi penduduk Changlun.

Menurutnya, ia merupakan sebahagian daripada inisiatif Projek Transformasi Changloon (CTP) yang berhasrat menjadikan Changlun sebagai masyarakat berpengetahuan menjelang 2035.

Bengkel ini turut membuka ruang kepada pelajar, penyelidik, dan aktivis komuniti untuk menyumbang idea dalam membentuk masa depan Changlun yang lebih inklusif dan berdaya tahan.

Selain itu, dengan pendekatan Persona ini, ianya dapat menjadi langkah pertama kepada sukarelawan CTP dalam mendekatkan diri dan mengenal dengan lebih mendalam dengan komuniti Changlun. – Tengku Nurul Aimi Balqis Tengku Malim Busu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button