PACE perkasa kecekapan dan keberkesanan operasi
Gambar PACE UUM
SINTOK, 10 September 2025: Pusat Pengajian Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Strategik dan Hala Tuju PACE sebagai platform penting untuk memperkasakan kecekapan operasi PACE UUM, baru-baru ini.
Bengkel ini menyediakan peluang untuk menilai pencapaian objektif strategik tahun semasa, mengenal pasti cabaran, dan hala tuju tindakan bagi meningkatkan kecekapan serta keberkesanan operasi PACE.

Pengarah PACE, Prof. Madya Dr Herman Shah Anuar berkata, bengkel ini diharapkan dapat menyumbang kepada operasi PACE yang lebih lancar dan efisien pada masa hadapan, termasuk berjaya mencapai Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator) yang ditetapkan.
“Setiap staf perlu mengenalpasti keperluan dan menyusun strategi penambahbaikan bagi perancangan KPI tahun semasa, memastikan setiap staf memahami peranan dan tugasan staf, mengelakkan pertindihan kerja.
“PACE perlu mengamalkan budaya kerja yang positif, mengukuhkan hubungan kerja yang harmoni, meningkatkan kerjasama dan komunikasi antara staf dan membangunkan semangat kerja berpasukan, yang menyumbang kepada penyelesaian masalah secara kolektif dan lebih cekap,” katanya.

Bengkel ini juga berjaya menyediakan draf penulisan manual pelaksanaan pembelajaran separuh masa dan jarak jauh atau Open and Distance Learning (ODL) PACE.
Dengan hanya lima staf, PACE juga sentiasa mengalukan kerjasama PTJ lain di UUM dalam memastikan operasi harian dan peranan PACE dapat dijayakan sepertimana kehendak pengurusan tertinggi UUM.
Bengkel turut dihadiri oleh timbalan pengarah, ketua penolong pengarah kanan dan dua staf PACE. – Mohd Fairus Abd Majid



