Campus

Affendi pertahan jawatan Presiden Keska 2025-2027

Berita dan gambar Mohd Khairil Hazree Hairudin

SINTOK, 12 September 2025:  Mesyuarat Agung Dua (2) Tahunan dan Pemilihan Pegawai Kesatuan Kakitangan Universiti Utara Malaysia (KESKA) kali ke-20 bagi sesi 2025–2027 telah berlangsung pada Selasa lalu di Auditorium Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), UUM.

Mesyuarat yang diadakan setiap dua tahun sekali ini melibatkan proses pemilihan Ahli Majlis Jawatankuasa (AMJK) KESKA.

Sesi pengundian awal telah diadakan pada 8 September bagi memberi peluang kepada ahli yang bertugas di kampus UUMKL serta mereka yang mempunyai kekangan kerja atau tugasan rasmi pada hari pengundian sebenar.

Sesi pengundian utama pula dijalankan pada 9 September bermula jam 8.00 hingga 11.00 pagi, diikuti dengan Mesyuarat Agung yang bermula pada jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang.

Bagi jawatan Presiden, penyandang jawatan, Affendi Askandar berjaya mengekalkan kedudukannya setelah menewaskan pencabar, Joezainy Ismail dengan memperoleh 351 undi berbanding 250 undi.

Dalam ucapannya, Affendi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli KESKA atas sokongan padu yang diberikan.

“Saya amat berterima kasih atas kepercayaan yang terus diberikan oleh ahli-ahli KESKA. Harapan saya agar jawatankuasa yang baharu ini dapat bekerja bersama-sama memperkukuhkan lagi peranan kesatuan serta memperjuangkan kebajikan semua ahli dengan lebih berkesan,” katanya.

Selain itu, bagi jawatan Timbalan Presiden, Zamri Che Mai menang tanpa bertanding, begitu juga dengan jawatan Setiausaha yang disandang oleh Nor Aziah Mehat; Bendahari oleh Ahmad Faisal Ahmad Fuad; Penolong Setiausaha oleh Hamilia Ab. Halim serta Penolong Bendahari oleh Amirul Afif Rosli.

Sebanyak 14 Ahli Majlis Jawatankuasa (AJK) turut dipilih daripada 19 calon yang bertanding. Seramai sembilan daripada mereka adalah Ahli Jawatankuasa (AJK) penggal lepas, manakala lima lagi merupakan muka baharu.

Berikut adalah senarai Ahli Majlis Jawatankuasa (AMJK) KESKA Sesi 2025–2027:

  • Presiden: Affendi Askandar
  • Timbalan Presiden: Zamri Che Mai
  • Setiausaha: Nor Aziah Mehat
  • Bendahari: Ahmad Faisal Ahmad Fuad
  • Penolong Setiausaha: Hamilia Ab. Halim
  • Penolong Bendahari: Amirul Afif Rosli

Ahli Jawatankuasa:

  1. Mohd Hasan Sazali Mansor
  2. Hamid Mat Hashim
  3. Nor Shashela Salleh
  4. Mohd Khairil Hazree Hairudin
  5. Shaiful Rizal Samad
  6. Haslinda Saad
  7. Ahmad Maliki Muhammad
  8. Hairul Nizam Zahari
  9. Husaini Che Husin
  10. Rozita Saad
  11. Siti Safarina Ab. Rashid
  12. Mazlan Che Omar
  13. Ajmal Afis Abdul Rais
  14. Zuraidi Mokhtar

Mesyuarat Agung turut diselangi dengan sesi cabutan bertuah yang menambahkan lagi kemeriahan. Hadiah utama berupa sebuah mesin basuh automatik berjaya dimenangi oleh Siti Zauwiyah Sudin daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Majlis berakhir tepat jam 3.00 petang dengan suasana penuh semangat kekitaan dan ukhuwah dalam kalangan ahli KESKA.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button