Campus

Pusat Pengajian Undang-Undang sertai MYBAR Carnival 2025

Berita dan Gambar: Prof. Madya Dr. Haslinda Mohd Anuar

KUALA LUMPUR, 21 September 2025: Pusat Pengajian Undang-undang telah menyertai MyBar Carnival 2025 yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia bertempat di KL Sentral, Kuala Lumpur.

Penyertaan ini memberi peluang kepada Pusat Pengajian Undang-undang untuk berinteraksi secara langsung dengan pengunjung pameran, komuniti guaman dan para pelajar, selain mempromosikan program-program yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Undang-undang serta program lain di bawah Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS).

Sepanjang karnival berlangsung, pelbagai aktiviti diadakan termasuk sesi taklimat kerjaya, pameran firma guaman serta forum perbincangan bersama ahli Majlis Peguam Malaysia.

Timbalan Dekan (Akademik & Pengantarabangsaan) Pusat Pengajian Undang-undang, Prof. Madya Dr. Nor Anita Abdullah berkata, penglibatan dalam karnival ini selaras dengan usaha memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan dan industri guaman, di samping memperluas pendedahan para pengunjung terhadap program yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian.

MyBar Carnival merupakan program anjuran Majlis Peguam Malaysia yang menghimpunkan pelbagai agensi, universiti, badan kehakiman dan firma guaman bagi memperkukuh jaringan serta perkongsian ilmu dalam profesion perundangan negara.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button