Campus

Forum Jalin Kerjasama Strategik antara SQS, Intel dan CUIC Perkasa Jaringan Akademik dan Industri

Gambar oleh En. Zamalik Hassan

SINTOK, 13 Oktober 2025: Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Intel Malaysia dan Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) telah menganjurkan forum bertajuk “Insights from Alumni and Graduates on Bridging Academic Learning with Real-World Expectations” bertempat di Dewan Seminar, SQS.

Program ini memberi tumpuan kepada perkongsian pengalaman dan pandangan daripada graduan serta profesional industri mengenai cara menghubungkan pembelajaran akademik dengan keperluan sebenar dunia pekerjaan.

Forum tersebut menampilkan empat orang panel, iaitu Nurul Zawani Muhamad Shukri (Software Development Engineer), Koo Abbie (Operational Research Engineer), Oh Jenson (Software Development Engineer) dan Eng Jinq Kae (Operational Research Engineer), dengan Hana Humaira bertindak sebagai moderator.

Menariknya, dua daripada panel jemputan – Abbie dan Jinq Kae – merupakan alumni SQS yang kini berkhidmat di Intel Malaysia. Kedua-duanya berkongsi pengalaman bagaimana asas ilmu yang diperoleh semasa pengajian di UUM telah membantu mereka menyesuaikan diri dengan cabaran dunia pekerjaan sebenar, khususnya dalam bidang penyelidikan operasi dan pembangunan perisian.

Penganjuran forum ini mencerminkan usaha berterusan SQS dalam memperkukuh jaringan akademik dan industri melalui kerjasama strategik bersama Intel dan CUIC. Inisiatif sebegini bukan sahaja memberi pendedahan langsung kepada pelajar mengenai kehendak industri semasa, malah memperkukuh hubungan antara universiti dan sektor korporat dalam melahirkan graduan yang berkualiti, berkemahiran tinggi serta berdaya saing di peringkat global. – Puan Nabilah Suhaimi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button