Campus

PPKKG mantapkan perancangan melalui bengkel pelan strategik di Langkawi

Berita dan gambar oleh Anis Zulaikha binti Kamal

LANGKAWI, 2-4 Oktober 2025: Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG) telah menganjurkan Bengkel Perancangan Strategik PPKKG selama tiga hari di Langkawi. Bengkel ini bertujuan membincangkan hala tuju serta perancangan strategik bagi pelaksanaan program PPKKG pada tahun hadapan.

Bengkel ini turut menjemput Prof. Madya Dr. Zainudin Omar, Dekan Hal Ehwal Pelajar, yang berkongsi pandangan dan pendapat berhubung strategi terbaik dalam memperkukuh peranan PPKKG sebagai pusat yang melahirkan graduan berdaya saing dan berketerampilan.

Sepanjang bengkel berlangsung, tiga unit utama di bawah PPKKG iaitu Finishing School, School of Hard Knocks, dan Graduate Employability telah membentangkan laporan pencapaian serta cadangan penambahbaikan program masing-masing. Perbincangan juga memberi tumpuan kepada mengenal pasti kelemahan sedia ada dan merangka langkah penyelesaian yang lebih berkesan.

Selain sesi pembentangan dan perbincangan, PPKKG turut berpeluang mengikuti lawatan ke Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bagi memahami dengan lebih dekat peranan dan inisiatif agensi tersebut dalam memajukan sektor pelancongan serta pembangunan ekonomi tempatan.

Lawatan ini turut membuka ruang kepada PPKKG untuk meneroka potensi kolaborasi bersama LADA dalam memperkukuh aktiviti pembangunan pelajar dan komuniti. LADA turut memberi peluang kepada PPKKG untuk menikmati pengalaman menaiki SkyCab Langkawi, yang menjadi salah satu ikon pelancongan utama di pulau ini.

Diharap bengkel ini dapat memperkukuh kerjasama antara semua unit di bawah PPKKG dan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan strategi baharu yang lebih mantap dalam pembangunan graduan pada masa akan datang.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button