Campus

SEFB dan IBS bergabung jalani latihan kebakaran (Fire Drills)

Gambar oleh SEFB

SINTOK, 14 Oktober 2025: Bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan warga kampus terhadap sebarang kemungkinan kecemasan, latihan kebakaran (Fire Drills) telah dilaksanakan di Bangunan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB), UUM pada 14 Oktober 2025.

Latihan ini bertujuan menguji kecekapan serta kesediaan warga SEFB dan IBS dalam menghadapi situasi kecemasan, khususnya kebakaran. Sepanjang latihan dijalankan, staf dan pelajar telah memberikan kerjasama yang baik dengan segera berkumpul di kawasan tempat berhimpun (assembly point) yang telah ditetapkan.

Program latihan ini merupakan anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) SEFB, dengan kerjasama IBS, Jabatan Keselamatan, serta Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur (JPPI-UUM).

Penganjuran latihan seumpama ini diharap dapat meningkatkan kesedaran keselamatan dan memastikan semua warga kampus memahami prosedur serta langkah keselamatan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan sebenar.- Robayah Md Hassan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button