Campus

Ramli Mohd Tahir dinobat Tokoh Maulidur Rasul Alumni UUM 2025

Gambar oleh: Muhammad Shamsul Shafie
SINTOK, 16 Oktober 2025: Pengarah Urusan KDEB Waste Management Sdn. Bhd, Dato’ Haji Ramli Mohd Tahir, dinobat sebagai Tokoh Maulidur Rasul Alumni (Lelaki) sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Utara Malaysia (UUM) 2025M/1447H yang diadakan di Masjid Sultan Badlishah, UUM.
Penganugerahan tersebut sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan jasa beliau dalam memartabatkan nilai kepimpinan, kebajikan, serta keprihatinan sosial berteraskan akhlak Rasulullah SAW.
Mufti Negeri Kedah Darul Aman, Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil Haji Awang menyampaian Anugerah Tokoh Maulidur Rasul UUM 2025M/1447H teraebut.
 
Turut menerima anugerah dalam majlis yang turut dihadiri Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr Nohd Foad Sakdan untuk pelbagai kategori seperti berikut:
1. Tokoh Maulidur Rasul Prihatin Madani (Lelaki) – Raj Amirul bin Ramli (301906)
2. Tokoh Maulidur Rasul Prihatin Madani (Perempuan) – Nur Dini Nasuha binti Amir (304409)
3. Tokoh Maulidur Rasul Bakti – Ang Yan Wei
4. Tokoh Maulidur Rasul Saudara Baharu –Ridhuan Bos Abdullah, Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan
5. Tokoh Maulidur Rasul Komuniti –Zainol Abidin Mohamad (SDK, AMK, BKM, PJK)
6. Tokoh Maulidur Rasul Industri – Dato’ Seri Dr. Michael Tio, Chief Executive Officer
7. Tokoh Maulidur Rasul Alumni (Lelaki) – Dato’ Haji Ramli Mohd Tahir, Pengarah Urusan KDEB Waste Management Sdn. Bhd.
8. Tokoh Maulidur Rasul Alumni (Perempuan) – Puan Azmanira binti Ismail
9. Tokoh Maulidur Rasul (Pelajar Lelaki) – Syafiq Haikal bin Safie (299456)
10. Tokoh Maulidur Rasul (Pelajar Perempuan) – Wan Nur Sharmime Syuhada binti Wan
11. Tokoh Maulidur Rasul (Kategori Staf) – Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Majid, Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ)
Penganugerahan ini bertujuan menghargai jasa dan sumbangan para penerima yang menonjol dalam bidang masing-masing melalui penghayatan nilai-nilai murni serta akhlak Rasulullah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button