General

UUM terima Anugerah Majikan Terbaik KWSP 2025

Berita Kori Ariff

SUNGAI PETANI, 22 Oktober 2025: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima Anugerah Majikan Terbaik (Kategori Majikan dengan Pekerja 500 hingga 1000 Orang) daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi wilayah Kedah/Perlis, hari ini.

Anugerah berprestij ini telah disampaikan oleh Pengurus Wilayah Utara KWSP, Jeffary  Mohamed Isa, dalam Majlis Pengiktirafan Majikan Terbaik KWSP Kedah/Perlis 2025 yang berlangsung di Park Avenue Hotel.

Pengiktirafan tersebut telah diterima oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan, yang mewakili seluruh warga universiti.

Melalui penganugerahan ini, UUM menzahirkan komitmen berterusan untuk menjadi majikan bertanggungjawab dan beretika, serta memastikan setiap obligasi terhadap KWSP dipenuhi dengan penuh integriti demi kebajikan seluruh warga kerja universiti.

Dr. Mohd Foad merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KWSP atas pengiktirafan bermakna ini yang menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh tadbir urus sumber manusia dan kesejahteraan staf.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button