Campus

PZW UUM & ANGKASA Bekerjasama Tingkatkan Tabung Wakaf UUM

Berita dan gambar oleh Aini binti Bahrum

KELANA JAYA, 13 Oktober 2025: Pusat Zakat dan Wakaf (PZW) Universiti Utara Malaysia (UUM) mengadakan perbincangan bersama Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Dr. Hj. Abdul Fattah bin Hj. Abdullah, di Pejabat Presiden ANGKASA, Kelana Jaya, bagi memanfaatkan data kakitangan kerajaan dalam usaha meningkatkan caruman potongan gaji ke Tabung Wakaf UUM.

Turut hadir dalam sesi perbincangan tersebut ialah Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus, Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan ANGKASA, serta Tuan Haji Abdul Rahim Abdul Rahman, Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sumber Manusia ANGKASA.

Kerjasama ini membuka peluang kepada alumni UUM dan kakitangan kerajaan untuk menyumbang secara tetap, sekali gus menyokong pelaksanaan program kebajikan dan pendidikan universiti.

 

Melalui inisiatif ini, sistem potongan gaji akan diselaraskan secara sistematik bagi memudahkan penyumbang menyalurkan wakaf secara konsisten dan berterusan.

Menurut Pengarah PZW UUM, Dr. Mohamad Zulkurnai Ghazali, usaha ini akan memperkukuh wakaf sebagai sumber dana berterusan bagi memajukan pendidikan dan komuniti UUM.

Beliau menegaskan bahawa melalui inisiatif berterusan seperti ini, PZW UUM komited memperluas amalan wakaf sebagai salah satu cara menyokong pembangunan pendidikan dan kebajikan universiti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button