Campus

SBM perkasa pelajar melalui forum IFEX@UUM2025 bersama pensyarah antarabangsa

Berita dan gambar oleh: Azam Arni binti Mohd Noor

SINTOK, 28 Oktober 2025 – Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (School of Business Management, SBM), Universiti Utara Malaysia (UUM) terus memperkukuh jaringan akademik antarabangsa melalui penganjuran Forum Discussion UUM International Faculty Exchange Week 2025 (IFEX@UUM2025) yang berlangsung di Bilik Melaka, SBM, semalam.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif IFEX 2025 anjuran SBM yang menghimpunkan pensyarah antarabangsa bagi membincangkan idea, pengalaman serta amalan terbaik dalam konteks pendidikan dan penyelidikan global.

Forum tersebut menampilkan dua ahli panel antarabangsa, iaitu Prof. Dr. Luz Suplico Jeong dari La Salle University, Filipina (hos: Dr. Nur Nadia Adjrina binti Kamarruddin) dan Dr. Mohamed Soliman dari Prince of Songkla University, Thailand (hos: Prof. Madya Dr. Abdul Manaf bin Bohari).

Selain sesi forum, majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderamata penghargaan kepada ahli panel dan rakan kolaborasi antarabangsa oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) SBM, Prof. Madya Dr. Yusmani binti Mohd Yusoff, sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka dalam memperkukuh hubungan akademik antarabangsa.

Penganjuran program ini membuktikan komitmen SBM dan UUM dalam memperluas penglibatan global universiti serta memperkukuh ekosistem akademik berasaskan kolaborasi, inovasi dan perkongsian ilmu sejagat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button