Ahli Lembaga Pengarah Balai Seni Negara dilantik sebagai CEO @ Faculty Programme Kementerian Pendidikan Tinggi
Gambar oleh STHEM
Sintok, 10 November 2026: Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) telah melantik Ahli Lembaga Pengarah Balai Seni Negara Dato’ Roslan Tan Sri Abdul Rahman sebagai CEO @ Faculty Programme Kementerian Pendidikan Tinggi berkuatkuasa Ogos 2025 hingga Disember 2026.

STHEM diwakili Dekan, Prof. Madya Dr. Johan Afendi Ibrahim bersama Dr. Mohamad Zaki Ahmad telah mengadakan kunjungan hormat kepada Dato’ Roslan Tan Sri Abdul Rahman di Hotel Sama-Sama KLIA bagi menyerahkan surat lantikan tersebut.
“Lantikan ini dijangka akan meningkatkan lagi promosi UUM sebagai destinasi pengajian tinggi kepada negara-negara Asia seperti China, India, Indonesia dan Jepun,” katanya.
Beliau yang merupakan mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia amat berbesar hati dengan lantikan tersebut. “Banyak lagi kerjasama dapat dijalankan antara UUM dengan pelbagai pihak sempena perlantikan ini”, ujar beliau.
Selain itu, kerjasama STHEM dilihat dapat memberi pendedahan kepada pelajar dan staf berkaitan dengan hubungan antarabangsa serta industri pelancongan. – Aida Rasyidah Ahmad Muaen



