General

Cakna Kebajikan: MKSK bantu staf UUM terjejas banjir

Berita dan gambar oleh Muhammad Syafiz bin Omar

CHANGLUN, 25 November 2025: Universiti Utara Malaysia (UUM) menunjukkan komitmen berterusan dalam menjaga kebajikan warganya apabila menyalurkan bantuan kepada staf yang terjejas akibat banjir di sekitar Changlun, baru-baru ini.

Inisiatif ini dijalankan melalui Unit Kebajikan Staf, Jabatan Sumber Manusia (JSM) UUM dengan sokongan Majlis Kebajikan, Sukan dan Kebudayaan (MKSK), sebagai langkah segera membantu mereka yang terlibat.

Pendaftar UUM, Ahmad Rasidi Abdullah, berkata bantuan tersebut diharap dapat mengurangkan beban yang ditanggung staf yang terkesan, selain tindakan susulan akan dibuat bagi mengenal pasti kawasan lain yang turut memerlukan perhatian.

“UUM sentiasa mengutamakan kebajikan warga kerja, lebih-lebih lagi apabila berlakunya bencana seperti banjir,” katanya.

Bantuan yang disalurkan merangkumi makanan serta barangan keperluan asas seperti makanan kering, sabun mandi, sabun basuh, syampu, tuala wanita, berus gigi, ubat gigi dan beberapa keperluan harian lain.

UUM turut menegaskan bahawa usaha menjaga kebajikan warganya dan komuniti setempat akan diteruskan melalui kerjasama erat pihak pengurusan, staf, pelajar serta agensi luar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button