General

Pusat Sukan UUM mantapkan organisasi, perkasa pengurusan sukan

Gambar oleh Muhammad Naufal  Amiruddin (Pelajar Praktikal)

TELUK BAHANG, 19 – 21 November 2025: Bagi memastikan program sukan yang dilaksanakan di peringkat universiti dan kebangsaan di susun atur serta di uruskan secara holistik dan sistematik, Pusat Sukan UUM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Bengkel Pemantapan Organisasi yang melibatkan 90 peratus kehadiran staf bertempat di Bahang Bay Hotel, Teluk Bahang, Pulau Pinang pada 19 hingga 21 November 2025 yang lalu.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang menjalankan fungsi Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha  Mohamed.

Beliau berkata, “inisiatif yang dijalankan oleh Pusat Sukan ini adalah sesuatu yang baik serta penting kerana Pusat Sukan bukan sahaja menyediakan fasiliti serta program sukan kepada para pelajar dan staf universiti malahan turut bertanggungjawab membina sahsiah mahasiswa universiti melalui aspek sukan dan pembudayaan gaya hidup sihat”.

 

Oleh yang demikian, beberapa ciri penting seperti existence, digitization dan visibility turut ditekankan bagi memastikan Pusat Sukan sentiasa kekal relevan demi kelestarian dan kecemerlangan sukan di UUM.

Secara keseluruhannya, bengkel ini dibahagikan kepada enam slot. Selain daripada pembentangan program serta aktiviti daripada setiap bahagian, para peserta juga di perkenalkan dengan periodization plan oleh Puan Siti Jamilah binti Md Japilus.

Perancangan ini sangat penting untuk diketahui dan dikuasai oleh semua staf di Pusat Sukan terutamanya kepada penyelaras dan jurulatih dalam membina perancangan sukan tahunan masing-masing agar para atlet universiti dapat memberikan prestasi yang optimum berdasarkan perancangan yang sistematik dan holistik.

Bengkel ini juga merupakan satu program pengukuhan ukhuwah antara staf di Pusat Sukan untuk mengekalkan tradisi pembinaan semangat keserakanan di kalangan warga Pusat Sukan. – Muhammad Amirul Zahari (Pelajar Praktikal)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button