Perkhidmatan Perpustakaan Sultanah Bahiyah kini di Pusat Rehabilitasi Tun Abdul Razak
Berita dan gambar oleh Mohamad Khairul Hafiz Bin Saidin
MELAKA, 9 Oktober 2025: Social Security Management Centre of Excellence (SOSCoE), Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) dengan kerjasama Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), Universiti Utara Malaysia (UUM), telah mengambil inisiatif proaktif dengan melancarkan perkhidmatan perpustakaan secara atas talian di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Ayer Keroh, Melaka.

Inisiatif ini dirangka untuk menyokong program akademik UUM yang dijalankan di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Ayer Keroh, Melaka, terutamanya bagi pelajar yang mengikuti program Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia (BHRM) Minor Sains Sosial dan Pengurusan (SSM).
Objektif utama pelaksanaan perkhidmatan ini adalah melengkapkan infrastruktur pembelajaran iaitu memastikan ketersediaan bahan rujukan dan bacaan yang standard dan relevan bagi memenuhi kurikulum dan keperluan penyelidikan pelajar BHRM Minor SSM di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Ayer Keroh, Melaka.

Kemudian, meningkatkan sumber ilmu, menyediakan akses mudah kepada pelbagai sumber maklumat yang terkini, sekaligus memupuk budaya ilmu dan meningkatkan pengetahuan dalam kalangan pelajar.
Seterusnya, penglibatan komuniti (outreach), memperluaskan fungsi PSB sebagai pusat sumber bukan sahaja kepada warga UUM, tetapi juga kepada komuniti setempat di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Ayer Keroh, Melaka.

Penyediaan perkhidmatan perpustakaan secara atas talian ini secara rasmi telah diadakan pada hari Khamis 9 Oktober 2025, di Pusat Rehabilitasi Tun Abdul Razak PERKESO Tun Abdul Razak, Ayer Keroh, Melaka.
Perkhidmatan perpustakaan secara atas talian yang disediakan di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Ayer Keroh, Melaka ini turut menawarkan Akses Terbuka (Open Access) di mana perkhidmatan ini tidak terhad kepada pelajar UUM semata-mata, tetapi juga dibuka kepada bukan pelajar serta Orang Berkeperluan (OB) yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan di pusat tersebut.

Langkah ini adalah selaras dengan komitmen UUM untuk menjadi Universiti Dalam Komuniti dan memastikan pendidikan dan maklumat dapat dicapai oleh semua lapisan masyarakat.
Inisiatif strategik ini melibatkan kerjasama antara beberapa jabatan utama, yang diwakili oleh SOSCoE, SBM dan PSB.
- Prof. Dr. Fadzli Shah Abd Aziz – Pengarah SOSCoE
- Azam Arni i Mohd Noor – Penolong Pendaftar SBM
- Mohamad Khairul Hafiz Saidin – Pen. Pegawai Tadbir SOSCoE
- Nur Fadlhlin Syakirah Mohd Zakim – Pen. Pegawai Tadbir SOSCoE
- Mohd Shazwan Nabil Shukor – Pegawai Teknologi Maklumat
- Noraini Alias – Pustakawan
- Siti Norain Ismail – Pusatakawan
- Md. Aisha Ahmad – Pen. Pustakawan



