Lawatan akademik Prof. Pelawat Prof. Dr. Huda ke University Karabük University perkasa penyelidikan rentas sempadan
Berita dan gambar oleh Prof. Dr. Huda Ibrahim
TURKIYE, 6-14 Oktober 2025: Prof. Dr. Huda Ibrahim, selaku Profesor Pelawat Universiti Karabuk (KBU), Turkiye telah diundang oleh Pengurusan KBU untuk terlibat dalam beberapa program akademik dari 6-14 Oktober 2025.
Ini termasuk menghadiri Symposium on Geospatial Technologies: Visions and Horizons 2025 di Canakalle, anjuran Canakalle Onsekiz Mart University dan menghadiri program Erasmus+ KA171 di University of Karabuk.

Kehadiran beliau disambut baik oleh pihak KBÜ yang diketuai oleh Timbalan Rektor, Prof Dr. Ismail Rakip Karass. Di dalam rangka program ini, Prof. Dr. Huda dan kumpulan penyelidikannya (Kumpulan Geospatial KBU) membuat pembentangan kertas kerja hasil kolaborasi yang bertajuk “Deep Learning and CNN-Based Wildfire Detection in Turkiye Using Sentinel-2 Data”. KBÜ.
Simposium ini juga menjadi ruang bertemu dan berbincang dengan pakar penyelidik Geospatial dari pelbagai negara.

Sesi lawatan diteruskan ke Univ of Karabuk dengan mengadakan perbincangan bersama Dekan dan Ketua Jabatan serta para penyelidik bagi menilai perkembangan projek penyelidikan bersama dan meneroka potensi kerjasama baharu.
Prof. Huda juga diundang menghadiri sesi ramah mesra anjuran Kelab Teknologi Maklumat dan Perisian yang memberi kesempatan berinteraksi dengan para pelajar.
Seiringan dengan Minggu Program ERASMUS KA171, beliau telah menyampaikan seminar bertajuk “Teknik Penyelidikan” kepada pelajar pascasiswazah Fakulti Komputer dan Informatik KBÜ, meliputi metodologi penyelidikan, penulisan akademik serta strategi pembangunan projek.
Dalam sambutan Erasmus Days, beliau turut terlibat dalam aktiviti penanaman pokok serta beberapa program sosial dan kebudayaan bersama warga universiti. Program berakhir dengan jamuan malam bersama Pengurusan tertinggi Univeristy of Karabuk.



