Campus

STEM seronok: UUM–MOSTI bantu murid FELDA fahami matematik bahagi

Gambar oleh Dr. Mohd Aamir Adeeb Abdul Rahim

SINTOK, 17 Disember 2025: Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui pasukan saintis Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) telah melaksanakan Aktiviti CUBEQUEST – Division Challenge di Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Napai, sebuah sekolah dalam komuniti FELDA Guar Napai, Kedah, di bawah Program STI 100³ anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Program pembelajaran Matematik berasaskan STEM ini melibatkan 59 orang murid Tahun 3 hingga Tahun 5 dan memberi tumpuan kepada pemahaman konsep bahagi secara hands-on, kolaboratif dan menyeronokkan menggunakan bahan manipulatif seperti kiub berwarna.

Program ini diketuai oleh Dr. Nurul Nazihah Hawari bersama pasukan saintis SQS yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Aida Mauziah Benjamin, Dr. Wan Laailatul Hanim Mat Desa, Prof. Madya Dr. Nazihah Ahmad dan Dr. Mohd Aamir Adeeb Abdul Rahim.

Antara aktiviti utama ialah Bahagi & Agih, Colour Division, Agihan Adil dan Math Story Adventure yang mengaitkan Matematik dengan situasi kehidupan sebenar murid.

Pelaksanaan program ini mendapat maklum balas positif daripada guru-guru serta menunjukkan keterlibatan dan keseronokan murid sepanjang aktiviti. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan UUM dalam memperkukuh jaringan universiti–komuniti, di samping menyokong agenda pembudayaan sains, teknologi dan inovasi dalam kalangan generasi muda. – Dr. Nurul Nazihah binti Hawari

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button