Campus

SEFB – JFKL gariskan lapan kerjasama penting tingkatkan hubungan dua hala

Berita dan gambar oleh M. Khairy Mukhtaruddin

KUALA LUMPUR, 6 Februari 2026 – Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan perbincangan rasmi bersama Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL) di Pejabat JFKL bagi memperkukuh hubungan kerjasama dua hala antara kedua-dua pihak.

UUM diwakili oleh Prof. Madya Dr. Bakti Hasan Basri, Penolong Naib Canselor UUM College of Business (UUMCOB) merangkap Dekan SEFB. Delegasi SEFB telah disambut mesra oleh Mr. Tsukamoto Norihisa, Pengarah JFKL, bersama Mrs. Kugai Kyoko, Assistant Head, Cultural Affairs dan Ms. Furubayashi Rina, Head, Cultural Affairs.

Antara agenda perbincangan utama ialah pembentangan laporan aktiviti terdahulu termasuk Program Nihon Matsuri 1.0 (2023) dan Distinguished Speaker Series, serta perbincangan cadangan Program Kerjasama 2026–2027 yang merangkumi lapan inisiatif strategik melibatkan aspek akademik, budaya, ekonomi dan perdagangan.

Antaranya ialah penganjuran Nihon Matsuri 2.0, Dialog Ekonomi Malaysia–Jepun, penubuhan Japan Studies Corner di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM serta Malaysia–Japan Trade Friendship Golf Tournament ‘Bunga Raya–Sakura Golf Friendship Cup’ yang dijangka diadakan pada tahun hadapan bersempena sambutan 70 tahun hubungan diplomatik Malaysia–Jepun.

Antara perancangan program berimpak tinggi yang dibincangkan bagi tahun ini ialah penganjuran Dialog Ekonomi yang menampilkan Profesor Adjung SEFB, Dato’ Mazrunisham Omar, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), serta Mr. Wakatabe Masazumi, Mantan Gabenor Central Bank of Japan, yang dijangka berlangsung pada Julai 2026 di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Kerjasama strategik ini diharap dapat memperkukuh hubungan Malaysia–Jepun serta menyokong agenda pengantarabangsaan UUM secara berterusan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button