Campus

Majlis pelancaran Zakat Fitrah Ramadan 1447H dirasmikan di UUM

Gambar oleh Hairul Nizam Zahari

SINTOK, 2 Mac 2026: Majlis Pelancaran Zakat Fitrah Ramadan 1447H telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Sultan Badlishah, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan telah disempurnakan oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, yang turut menunaikan bayaran Zakat Fitrah sebagai tanda rasmi bermulanya kutipan Zakat Fitrah tahun ini.

Majlis ini merupakan hasil kerjasama antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam menyemarakkan pelaksanaan ibadah zakat dalam kalangan warga kampus sepanjang bulan Ramadan.

 

Pada tahun lalu, jumlah kutipan Zakat Fitrah yang direkodkan adalah sebanyak RM21,511, menunjukkan komitmen tinggi warga UUM dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Bagi tahun ini, seramai sembilan 9 orang amil telah dilantik untuk menguruskan kutipan Zakat Fitrah dan warga UUM boleh mula menunaikan Zakat Fitrah bermula esok melalui kaunter yang disediakan. – Noor Zafiera Ahmad Idris (Pelajar Praktikum JKK)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button