Campus

Bengkel pengajaran dan pembelajaran SOIS perkasa pelaksanaan OBE dan CQI

Gambar oleh Ahmad Syahmi Wafiey

SINTOK, 2 Mac 2026: Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan “SoIS Workshop on Teaching and Learning Semester A252” pada 2 Mac 2026 (Isnin) di Bilik Mesyuarat Utama, SoIS.

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan penerangan kepada staf akademik mengenai penyelarasan aktiviti pengajaran serta tatacara penilaian selaras dengan peraturan dan keperluan terkini yang digariskan oleh pihak UUM.

Bengkel ini dimulakan dengan sesi pertama yang bertajuk “Closing the Loop: Practical Approaches to Outcome-Based Education (OBE) and Continuous Quality Improvement (CQI) dan telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Faizal Ahmad Zaidi dari Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML).

Manakala untuk sesi kedua yang bertajuk “Designing Assessments in Outcome-Based Education through Constructive Alignment” telah disampaikan oleh Dr. S. Maartandan Suppiah dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC).

Bengkel ini memberi tumpuan kepada pendekatan praktikal pelaksanaan OBE dan CQI serta kaedah reka bentuk penilaian yang selaras secara konstruktif bagi memastikan pembelajaran dan penilaian memenuhi hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

Selain sesi pembentangan, bengkel turut menyediakan ruang perbincangan dan sesi soal jawab untuk berkongsi amalan terbaik serta cabaran pelaksanaan di peringkat program dan kursus.

Inisiatif penganjuran bengkel ini juga telah menunjukkan komitmen SOIS dalam melaksanakan penambahbaikan berterusan yang lebih sistematik dan konsisten, serta memastikan kualiti pengajaran bagi Semester A252 dapat dipertingkatkan sejajar dengan perubahan dan keperluan semasa. – Rosmiza Ahmad dan Dr. Shazwanis Shukri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button