Pusat Alumni UUM santuni alumni diuji kanser lidah tahap tiga
Berita dan gambar oleh Muhamad Mukhlis Ahmad Sahiri (Pelajar Praktikum)
ALOR SETAR, 8 Mac 2026: Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan lawatan kebajikan ke kediaman Tuan Abdul Shakur Abdullah pada 8 Mac 2025 di Alor Setar, Kedah.

Beliau merupakan mantan Penolong Pendaftar UUM serta alumni universiti ini yang memegang Ijazah Pengurusan Awam tahun 2011, yang kini beliau sedang diuji dengan kanser lidah tahap tiga.
Pada masa ini, beliau berada dalam fasa pemulihan setelah selesai menjalani semua kitaran rawatan radioterapi dan kemoterapi.
Lawatan tersebut disertai oleh lapan orang staf Pusat Alumni termasuk Pengarah dan Timbalan Pengarah sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan alumni yang sedang berdepan ujian kesihatan.
Kunjungan ini juga bertujuan memberikan sokongan moral kepada beliau serta ahli keluarga dalam menghadapi cabaran tersebut.
Pusat Alumni UUM turut mendoakan agar Tuan Abdul Shakur Abdullah dikurniakan kesembuhan serta terus tabah menghadapi ujian sehingga pulih sepenuhnya.

Pada masa yang sama, Pengarah Pusat Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Binti Abu Bakar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua alumni yang telah menyumbang kepada Tabung Kebajikan Alumni UUM melalui Kempen 1 Alumni 1 Ringgit yang sentiasa menyokong usaha kebajikan membantu alumni yang memerlukan.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Pusat Alumni UUM dalam memelihara kebajikan komuniti alumni, khususnya mereka yang memerlukan bantuan dan sokongan dalam menghadapi cabaran kehidupan.



