General

Gelombang kasih ramadan: MAKDA UUM santuni pelajar anak Kedah UUM

Gambar oleh : Nur Zaahirah binti Zakaria dan Nurin Irdina Aqilah binti Abd Wahab

ALOR SETAR, 5 Mac 2026: Program Gelombang Kasih Ramadan anjuran Anak Kedah Universiti Utara Malaysia (MAKDA UUM) telah berlangsung dengan penuh keinsafan dan semangat kebersamaan apabila pasukan sukarelawan turun padang menyantuni pelajar Anak Kedah UUM di beberapa daerah terpilih.

Bertempat di sekitar kediaman pelajar yang layak menerima sumbangan di Alor Setar, Pendang, Pokok Sena, Sik, Kubang Pasu dan Baling, program ini dilaksanakan pada 5 Mac 2026 bersamaan dengan 15 ramadan 1447 H sebagai inisiatif memperkukuh kebajikan serta memastikan kebajikan pelajar terus terjamin sepanjang bulan Ramadan.

Program ini turut melibatkan ziarah ke 10 buah rumah pelajar UUM yang merupakan anak kelahiran negeri Kedah yang terdiri daripada golongan B40 dan golongan OKU yang telah menerima sumbangan di sekitar Alor Setar, Pendang, Pokok Sena, Sik, Kubang Pasu dan Baling.

Lawatan ini bertujuan menyampaikan bantuan serta memberikan sokongan moral kepada para pelajar yang memerlukan agar mereka terus bersemangat dalam meneruskan kehidupan dan pengajian. Program ini secara tidak langsung memberi peluang kepada para peserta untuk lebih memahami realiti kehidupan masyarakat serta menghayati makna sebenar berkongsi rezeki.

Melalui program ini, para Mahasiswa dan Mahasiswi bukan sahaja berpeluang menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan, malah dapat merasai sendiri pengalaman menyantuni masyarakat secara lebih dekat.

Aktiviti ziarah dan penyampaian sumbangan ini turut memberi kesedaran kepada 12 orang wakil MAKDA UUM tentang kepentingan bersyukur, berkongsi rezeki serta menghargai nikmat yang dimiliki, terutamanya dalam bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan.

Salah seorang penerima sumbangan meluahkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan pihak penganjur terhadap kebajikan pelajar anak Kedah Universiti Utara Malaysia.

Menurutnya, sumbangan yang diberikan sangat bermakna dan sedikit sebanyak membantu keperluan mereka sepanjang bulan Ramadan. Beliau turut menghargai usaha penganjur yang sanggup turun padang menyantuni pelajar di sekitar kawasan seperti Alor Setar, Pendang, Pokok Sena, Sik, Kubang Pasu dan Baling.

Beliau berharap agar program kebajikan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia jelas menunjukkan nilai keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Seramai 12 orang wakil pelajar daripada Universiti Utara Malaysia telah turun padang menjayakan program ini. Mereka telah turun padang bagi menyantuni seramai 10 orang mahasiswa dan mahasiswi UUM yang merupakan anak kelahiran negeri Kedah  yang terdiri daripada golongan B40 dan golongan OKU yang tinggal di sekitar di Alor Setar, Pendang, Pokok sena, Sik, Kubang Pasu dan Baling.

Secara keseluruhannya, program Santuni Kasih Ramadan MAKDA UUM yang berlangsung ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima sumbangan, malah turut memberi pengalaman bermakna kepada para peserta dalam memahami erti keprihatinan dan semangat berkongsi.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar lebih banyak pihak dapat disantuni serta terus menyemarakkan nilai kemanusiaan dan kebersamaan dalam masyarakat, khususnya sepanjang bulan Ramadan. – Nuriwani Aiza Nasuha Bashah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button