Campus

Simbolik penyerahan amanah: Penjawat baharu SEFB ambil alih tugas 2026

Berita dan gambar oleh: Robayah Md. Hassan

SINTOK, 16 Mac 2026: Satu Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas telah diadakan bagi menandakan proses peralihan tanggungjawab daripada penjawat lama tahun 2025 kepada penjawat baharu bagi tahun 2026 di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB).

Majlis tersebut diadakan sebagai simbolik penyerahan tanggungjawab serta kesinambungan pentadbiran antara penjawat lama dan penjawat baharu bagi memastikan kelancaran pengurusan serta pelaksanaan tugas dalam organisasi.

Dalam majlis tersebut, mantan penjawat tahun 2025 telah menyerahkan Nota Serah Tugas kepada penjawat baharu tahun 2026 sebagai tanda rasmi penyerahan amanah dan tanggungjawab yang telah dipikul sepanjang tempoh perkhidmatan.

Dalam ucapan ringkasnya, Dekan SEFB turut merakamkan penghargaan kepada mantan penjawat  atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh menjalankan tugas. Beliau turut berharap agar penjawat baharu dapat meneruskan kecemerlangan serta memperkukuhkan lagi prestasi organisasi.

Penjawat baharu yang menerima tugas pula menyatakan komitmen untuk melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab demi memastikan kesinambungan kecemerlangan organisasi.

Majlis berkenaan diakhiri dengan sesi bergambar sebagai tanda kenang-kenangan dan simbolik kepada peralihan tugas yang berlangsung dengan lancar dan teratur.

Diharapkan dengan berlangsungnya majlis ini, segala urusan pentadbiran dapat diteruskan dengan lebih teratur, sistematik dan berkesan demi mencapai matlamat organisasi pada masa hadapan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button