Campus

Penjawat utama STHEM 2026 bersedia hadapi amanah yang diberikan

Gambar oleh: Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM)

SINTOK, 12 Mac 2026: Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Penjawat bagi tahun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Datai STHEM, baru-baru ini.

Majlis yang dipengerusikan oleh Dekan STHEM iaitu Prof. Madya Dr. Kamal Izzuwan Ramli turut disertai oleh barisan penjawat utama yang baharu bagi tahun 2026. Manakala mantan Dekan STHEM iaitu Prof. Madya Dr. Johan Afendi Ibrahim serta mantan Pengerusi Program STHEM turut hadir bagi menyempurnakan majlis nota serah tugas tersebut.

 

Dekan STHEM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua mantan penjawat utama STHEM yang telah memberikan khidmat yang terbaik sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

“STHEM amat beruntung kerana telah ditadbir oleh mantan penjawat yang berdedikasi dan diharapkan barisan penjawat baharu ini dapat meneruskan perjuangan untuk mangangkat STHEM ke tahap yang lebih tinggi”, ujar beliau.

 

Dalam majlis tersebut, mantan Dekan dan Pengerusi Program STHEM turut memberikan ucapan semangat serta menyampaikan amanat yang bakal dihadapi oleh barisan pejawat baharu bagi tahun 2026. – Aida Rasyidah binti Ahmad Muaen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button