Taklimat MYCUEPACSCARE: Inisiatif lindungi penjawat awam UUM
Berita dan gambar oleh: Abu Bakar Omar Hamdan
SINTOK, 2 April 2026: UUM COLGIS bersama pihak Cuepascare terus komited dalam menjaga kebajikan warga kerja UUM apabila menganjurkan Taklimat MyCuepacsCare khas untuk penjawat awam UUM yang telah berlangsung di Dewan Seminar, Pusat Islam UUM.

Program ini dianjurkan oleh UUM COLGIS dengan tujuan meningkatkan kesedaran serta kefahaman dalam kalangan penjawat awam mengenai kepentingan perlindungan kesihatan dan manfaat kebajikan yang ditawarkan melalui skim MyCuepacsCare.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh wakil pemasaran MyCuepacsCare, Encik Mohd Jamil Aznan, yang memberikan penerangan menyeluruh berkaitan pelan perlindungan kesihatan, kelebihan penyertaan serta kemudahan yang disediakan khas kepada penjawat awam UUM.
Dalam sesi taklimat itu, para peserta turut didedahkan dengan pelbagai manfaat termasuk perlindungan hospital dan pembedahan, kemudahan rawatan, perlindukan kemalangan serta pilihan pelan yang sangat berpatutan kepada penjawat awam. Selain itu, sesi soal jawab yang interaktif turut membuka ruang kepada peserta untuk mendapatkan penjelasan lanjut secara terus daripada pihak penyedia skim.

Penganjuran program ini mencerminkan usaha berterusan UUM COLGIS dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan penjawat awam sentiasa diberi perhatian, selaras dengan aspirasi universiti untuk melahirkan warga kerja yang seimbang dari segi profesional dan kesejahteraan diri.
Program ini turut mendapat sambutan yang baik daripada warga UUM, sekali gus menunjukkan kesedaran yang semakin meningkat terhadap kepentingan perancangan perlindungan kesihatan dalam kalangan penjawat awam.



