Campus

Pusat Kaunseling UUM meriahkan CIAC Open Day dengan program outreach mesra pelajar

Gambar oleh: Nur Faten Badriah Abdul Latib (Kaunselor Pelatih Pusat Kaunseling)

SINTOK, 8 April 2026: Pusat Kaunseling Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan pameran sempena CIAC Open Day yang berlangsung di Foyer U-Assist dengan pelbagai aktiviti menarik berkonsepkan outreach bagi mendekati warga kampus secara santai dan mesra.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesejahteraan emosi serta memperkenalkan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar melalui pendekatan interaktif dan mesra pelanggan. Pelaksanaan aktiviti ini juga selari dengan usaha menyokong kesihatan mental dalam kalangan mahasiswa.

Sepanjang pameran berlangsung, para pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti ujian psikologi bagi membantu mengenali tahap emosi dan personaliti diri, permainan interaktif yang menguji minda serta aktiviti ekspresi emosi.

Selain itu, sesi konsultasi turut disediakan oleh kaunselor dan kaunselor pelatih bagi memberi ruang kepada pelajar mendapatkan pandangan serta bimbingan secara profesional.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila ramai pelajar terutamanya pelajar antarabangsa mengambil peluang untuk mengenali diri, berkongsi pandangan serta melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang disediakan. Pemberian goodies percuma turut menjadi antara tarikan utama kepada pengunjung.

 

Pegawai Psikologi, Safinas Hanoum Omar Anwar berkata, program ini dilihat dapat mendekatkan lagi perkhidmatan kaunseling kepada warga UUM serta menggalakkan mereka untuk mendapatkan bantuan awal dalam menjaga kesejahteraan emosi dan mental.

Program juga ini dilihat berjaya mendekati pelajar secara lebih santai dan efektif, sekali gus menyokong usaha melahirkan mahasiswa yang celik emosi serta mampu mengurus tekanan dengan lebih baik. – Pusat Kaunseling

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button