Campus

From vision to action: Sesi Naib Canselor bersama staf akademik kohort C

Gambar Oleh: Muhammad Shamsul Shafie

SINTOK, 12 April 2026 – Universiti Utara Malaysia (UUM) menganjurkan program “From Vision to Action: Sesi Naib Canselor Bersama Staf Akademik Kohort C” bagi memperkukuh perkongsian visi serta hala tuju universiti bersama warga akademik.

Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (JHEPPI) itu berlangsung di Dewan Seminar B, Kompleks Konvensyen UUM dengan penyertaan staf akademik Kohort C serta warga universiti.

Program ini bertujuan memberi ruang dan peluang kepada semua staf untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan Naib Canselor di samping mendengar amanat, pandangan serta hala tuju universiti secara langsung.

Antara pengisian utama program ialah sesi bual bicara bersama Naib Canselor UUM, Prof.Dr. Ahmad Martadha Mohamed serta sesi soal jawab yang memberi peluang kepada para peserta mengemukakan pandangan dan mendapatkan penjelasan berkaitan aspirasi universiti.

“Kohort C amat penting dalam membentuk hala tuju masa depan universiti kerana kumpulan ini mempunyai perjalanan kerjaya yang panjang serta peluang besar untuk menyumbang kepada pembangunan UUM,” katanya.

Program ini turut menekankan kepentingan kerjasama serta komitmen warga akademik dalam memastikan visi dan strategi Universiti Utara Malaysia dapat diterjemahkan kepada tindakan yang memberi impak kepada pembangunan universiti dan masyarakat.  – Noor Zafiera Ahmad Idris

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button