Campus

Taklimat peluang pengajian di PACE UUM kepada staf Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kedah

Berita dan gambar oleh: Shafina Jaafar

SUKA MENANTI, KEDAH, 30 April 2026: Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia (UUM) terus komited dalam memperluaskan akses pendidikan tinggi melalui penganjuran sesi taklimat kepada staf Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah yang telah berlangsung di JPJ Suka Menanti, Kedah.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara menyeluruh mengenai peluang melanjutkan pengajian khususnya melalui program separuh masa yang ditawarkan oleh PACE UUM, selaras dengan usaha memperluaskan penyebaran ilmu kepada semua peringkat masyarakat.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pengarah PACE, Prof. Madya Dr. Rozita binti Abdul Mutalib, yang menghuraikan pelbagai aspek penting termasuk struktur program, syarat kemasukan, kaedah pembelajaran fleksibel serta kelebihan yang ditawarkan kepada golongan bekerja untuk melanjutkan pengajian tanpa menjejaskan komitmen kerjaya.
Taklimat ini mendapat sambutan menggalakkan apabila dihadiri oleh lebih daripada 50 orang staf yang berminat.
Inisiatif ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada penjawat awam untuk meningkatkan kelayakan akademik serta memperkasa pembangunan kerjaya masing-masing seiring dengan keperluan semasa.
PACE UUM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JPJ Alor Setar, Kedah khususnya Pengarah,  Tuan Stien Van Lutam, Ketua Bahagian Pelesenan Tuan Mahazir Bin Abdul Majid dan Tuan Gobinath A/L Supramaniam, Ketua Bahagian Penguatkuasaan serta semua staf yang terlibat.​

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button