Campus

Bengkel strategik 2026: Pemerkasaan hala tuju STML

Berita dan gambar oleh: Salina Ali

SINTOK, 5 Mei 2026: Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan Bengkel Strategik dan Pelan Tindakan STML 2026 di IntelIigent Room STML, baru-baru ini.

Bengkel sehari itu melibatkan barisan Pengurusan serta Pengerusi Jawatankuasa STML dalam usaha memperkukuh perancangan strategik dan menyelaras pelan tindakan untuk mencapai sasaran prestasi tahun 2026.

Dekan STML, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Kamarul Irwan bin Abdul Rahim dalam ucapannya menegaskan kepentingan kesepaduan dan komitmen warga STML dalam menjayakan agenda strategik pusat pengajian, yang memerlukan perancangan rapi serta komitmen berterusan dalam menterjemahkan strategi kepada tindakan.

Sesi bengkel turut disertakan dengan taklimat Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang disampaikan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Log. Ts. Dr. Mohd. Rizal bin Razalli. Taklimat ini bertujuan memberi kefahaman kepada peserta berkaitan sasaran dan indikator prestasi yang perlu dicapai.

Sepanjang bengkel, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut teras bagi sesi perbincangan strategik dan perancangan tindakan. Perbincangan memberi tumpuan kepada pembangunan inisiatif yang selari dengan keperluan semasa, termasuk aspek pengurusan risiko dan mekanisme pemantauan pelaksanaan.

Setiap kumpulan kemudian membentangkan cadangan strategi masing-masing dalam sesi pembentangan yang membuka ruang kepada perkongsian idea serta penambahbaikan secara konstruktif.

Secara keseluruhannya, bengkel ini berjaya mencapai objektifnya dalam memperjelas hala tuju strategik STML serta mengukuhkan kerjasama dalam kalangan warga pusat pengajian. Hasil perbincangan yang dicapai dijangka dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan yang lebih berkesan demi kecemerlangan organisasi.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button