Campus

Bengkel Modul 3 (Komunikasi Usahawan) program “Hijau Arambam Cuanxin: Program keusahawanan lestari: Memperkasa kitar tinggi berasaskan ESG”

Berita dan Gambar Oleh: Kaswizawati Md Basir

SINTOK, 6 MEI 2026: Institut Pembangunan Keusahawanan & Koperasi (CEDI) telah menganjurkan Bengkel Modul 3: Komunikasi Usahawan, baru baru ini.

Program “Hijau Arambam Cuanxin: program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM).

Program ini dilaksanakan bagi memperkukuh kemahiran komunikasi dalam kalangan peserta program ARAMBAM, khususnya dalam membina keyakinan diri, menyampaikan idea perniagaan serta berinteraksi secara profesional dengan pelanggan dan pihak berkepentingan.

Bengkel ini diketuai oleh Prof. Dr. Norhafezah Binti Yusof, Ketua Tenaga Pengajar, bersama Dr. Adibah Ismail selaku Tenaga Pengajar. Program ini turut dilaksanakan di bawah pimpinan Ketua Projek, Prof. Madya Dr. NurAkmal Ahmad Mustaffa.

Menerusi pengisian bengkel ini, para peserta diberi pendedahan berkaitan kepentingan komunikasi berkesan dalam bidang keusahawanan. Antara aspek yang ditekankan termasuk teknik menyampaikan maklumat produk atau perkhidmatan, membina hubungan baik dengan pelanggan, meningkatkan keyakinan ketika berkomunikasi serta memahami kaedah komunikasi yang sesuai dalam konteks perniagaan.

Pelaksanaan modul ini juga memberi ruang kepada peserta untuk memahami bahawa komunikasi bukan sekadar proses menyampaikan mesej, malah merupakan elemen penting dalam membina kepercayaan, mempengaruhi keputusan pelanggan dan memperkukuh imej usahawan.

Secara keseluruhannya, Bengkel Modul 3: Komunikasi Usahawan ini diharapkan dapat membantu peserta ARAMBAM membentuk kemahiran komunikasi yang lebih berkesan, profesional dan strategik, sekali gus mempersiapkan mereka untuk menjadi usahawan yang lebih yakin, berdaya saing dan mampu menyesuaikan diri dengan kehendak pasaran semasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button