Campus

PCEO Takaful Ikhlas santuni delegasi IBS

Berita dan gambar oleh: Dr Mohamad Yazid Isa

KUALA LUMPUR, 15 Mei 2026: Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan lawatan ke Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB) sebagai usaha memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik antara institusi akademik dan industri takaful.

Lawatan ini bertujuan membuka ruang kolaborasi yang lebih luas dalam bidang pendidikan, penyelidikan, pembangunan pelajar serta program pemerkasaan literasi kewangan Islam yang memberi manfaat kepada masyarakat.

 

Delegasi yang diketuai Dekan IBS yang juga merupakan Penolong Naib Canselor UUMCOB, Prof. Dr. Selamah Maamor  telah diraikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (PCEO) TIFB, En Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi,

Dalam pertemuan tersebut En Wan Ahmad Najib menyatakan bahawa IBS dan TIFB berkongsi inspirasi yang sama dalam memastikan setiap golongan masyarakat mendapat akses kepada produk kewangan patuh Syariah.

Pertemuan itu turut membincangkan keperluan memperkukuh hubungan antara UUM dan TIFB bagi memastikan graduan yang dihasilkan mempunyai pengetahuan serta kemahiran yang selari dengan kehendak semasa industri kewangan Islam dan takaful negara.

Selain itu, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai perkembangan industri takaful di Malaysia serta cabaran semasa dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan perlindungan kewangan patuh syariah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button